Asalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

Pusat Ekonimi Digital Keluarga (PEDi) adalah sebuah inisiatf dibawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provison) yang telah bermula pada tahun 2007 secara berperingkat-peringkat mengikut fasa yang telah ditetapkan. Sehingga kini, hampir 559 buah Pusat Internet Malaysia sedia dan telah beroperasi sepenuhnya mengikut sumber daripada pihak SKMM.

Sejarah penubuhan awal PEDI ini dikenali dengan  Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK). Pada lewat tahun 2012 nama ini Pusat Jalur Lebar Komuniti telah ditukarkan kepada Pusat Internet 1 Malaysia bagi menarik lebih ramai golongan masyarakat tanpa mengira bangsa mahupun agama.

Pada tahun 2018 pula, nama ini sekali lagi ditukar kepada Pusat Internet Malaysia sahaja.

Objektif utama Pusat Internet Malaysia adalah untuk merapatkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan luar bandar seiring dengan matlamat kerajaaan dalam meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan capaian internet yang disediakan oleh Pusat Internet Malaysia sekaligus juga meningkatkan juga kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

Jika anda hadir di Pusat Internet Malaysia, perkhidmatan utama yang disediakan adalah capaian internet berkelajuan tinggi, perkhitmatan wifi kepada penduduk sekitar,  perkhidmatan mencetak, latihan ICT, pembangunan keusahawanan, dan aktiviti yang berkaitan yang akan diurus oleh petugas yang telah dilantik.

Selain daripada itu, Pusat Internet Malaysia ini juga adalah sebagai pusat setempat (one stop center) berkaitan dengan internet dan portal kerajaan.