Pusat Internet Malaysia Felda Jengka 23 terletak di kawasan pengurusan dan tumpuan umum komuniti Felda Jengka 23. Bertempat di Bangunan Belia Felda Jengka 23, bersebelahan Pejabat JKKR dan Koperasi, serta berhampiran dengan Pejabat Felda dan Felda Plantation membantu memudahkan pihak pengurusan Pusat Internet Malaysia dengan pihak berpengaruh dalam komuniti. Pusat Internet Malaysia Felda Jengka 23 juga terletak begitu hampir dengan pejabat pentadbiran kampung (JKKR), kawasan perusahaan kedai-kedai runcit dan kedai makan, padang awam serta taman permainan menjadikannya begitu strategik dan dan tumpuan komuniti.

FAKTA MENARIK Pusat Internet Malaysia FELDA JENGKA 23
Terletak di kawasan pengurusan dan tumpuan aktiviti perdagangan dan riadah komuniti Felda Jengka 23.
Menggunakan Bangunan Belia Felda Jengka 23 dan telah diubahsuai oleh PIhak MCMC dan TM menjadi begitu selesa dan kondusif.
> Kiri - Bangunan JKKR
> Kanan - Bangunan Koperasi
> Depan - Pejabat Felda
> Belakang - Dewan Serbaguna

Dilengkapi dengan kemudahan 20 buah komputer yang terkini.

  • Bilik latihan yang selesa.
  • Zon WIFI pertama di Felda Jengka 23.
  • Kuasa capaian internet yang terpantas.
  • Dilengkapi dengan sistem penggera dan CCTV .
  • Tenaga pengajar yang terlatih.
  • Kemudahan WIFI Kampunt Tanpa Wayar.