Sila like page "MENARIK DI MARAN" untuk mengetahui tempat2 yang menarik disekitar Pusat Internet 1 Malaysia Felda Jengka 23 pada link dibawah

https://www.facebook.com/Menarik-Di-Maran-241160259585749/?fref=tsMENARIK DI MARAN

 

 

 


GUNUNG SENYUM

Gunung Senyum yang terletak dalam Daerah Jengka, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1,594 kaki) dan jarak dari Felda Jengka 23 adalah 12 kilometer.

Gunung Senyum mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak tumbuhan herba di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan serta pemandangan yang indah untuk dinikmati. Antara gua menarik di sini ialah Gua Kelam dan Gua Jebak Puyuh. Terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtit dan stalagmit. Gua-gua di sini di bawah jagaan PERHILITAN daerah Temerloh.

Terdapat beberapa versi mengenai asal-usul nama Gunung Senyum ini. Antaranya, dikatakan semasa Sultan Pahang sampai di kaki gunung tersebut, baginda bertanya tentang nama gunung itu kepada para pembesar yang mengiringi baginda. Namun, tidak seorang pun yang tahu mengenainya, sebaliknya para pembesar tersebut hanya mampu tersenyum.

Gunung Senyum terletak berhampiran Sungai Pahang dan dihubungkan melalui jalan darat daripada Temerloh atau Jerantut.