Sumber: Facebook Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Hentikan penyebaran berita palsu! Anda boleh didakwa jika didapati bersalah.
 
 
 
 
 


IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA (RELA)

RELA telah ditubuhkan sebagai sebuah jentera keselamatan kerajaan berbentuk sukarela pada 11 Januari 1972, di bawah Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 (Pasukan Kawalan) Perubahan Nama dan Pindaan 1974. Penubuhan RELA adalah untuk memberi kesempatan kepada rakyat jelata yang taat setia untuk tampil ke hadapan menganggotai sebuah agensi keselamatan kerajaan yang diwujudkan bagi membantu, memelihara dan mempertahankan keselamatan dan keamanan negara.

Penubuhannya adalah selaras dengan falsafah dan keyakinan bahawa tanggungjawab mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara adalah di tangan rakyat Malaysia sendiri, dengan setiap rakyat perlu memainkan peranan masing-masing.

Untuk melaksanakan keselamatan di tanah rancangan, pasukan RELA membuat rondaan di kawasan kampung mengikut jadual. Mengatur dan mengadakan kerjasama dengan pihak polis untuk menjaga keselamatan tanah rancangan. Selain itu, pihak Biro Sosial JKKR juga telah menyediakan jadual rondaan mengikut blok untuk membuat rodaan kampung.

Sehingga kini keahlian bagi anggota RELA adalah seramai 60 orang yang aktif dan pihak RELA juga akan lebih giat merekrut belia dan beliawanis untuk menyertai RELA.

Alhaamdulillah dengan kehadiran RELA dalam komuniti sedikit sebanyak penduduk di Felda Jengka 23 ini berasa selamat dan tidak lagi berasa bimbang tentang kesalamatan keluarga dan harta benda.