Usahawan Pertanian Fertigasi

TAHUN MENJADI AHLI PI : 2014

UMUR :18 tahun

LATAR BELAKANG

Seorang lepasan SPM 2017 yang menceburi bidang pertanian fertigasi gantung timun, terung, cili kulai dan sebagainya. Beliau sekarang menguruskan 3 plot kebun tanaman yang berkapasiti 3ribu polybeg

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Sebelum penggunaan ict, beliau sukar mendapatkan maklumat tentang pertanian fertigasi dan pemasaran yang kurang.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Menggunakan internet dalam mempromosikan jualannya serta mecari maklumat tentang penjagaan pokok, kaedah pembajaan, kawalan serangga perosak.

GAMBAR

Latar belakang

Merupakan anak peneroka Felda Jengka 23 dan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dengan membuka gerai makanan

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, pelanggan saya hanya terdiri daripada jiran-jiran berhampiran rumah berikutan kedudukan kawasan blok perumahan saya yang agak terselindung dan bersambung dengan jalan mati.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Selepas menggunakan teknologi whatsapp dan facebook saya dapat membuat hebahan dengan memperkenalkan gerai dan makanan saya kepada komuniti Felda Jengka 23 sekaligus dapat meningkatkan jumlah pelanggan saya. Hasil pinjaman netbook yang diberikan oleh pihak pusat internet dan kelas perniagaan online yang dijalankan, tugas mempromosikan gerai  saya menjadi lebih mudah.

 

(gambar sedang mendengar taklimat oleh petugas PIM)

 

 

(gambar menunjukkan aktiviti promosi online)

Latar belakang

Merupakan murid sekolah rendah di SK Felda Jengka 23. Telah menjadi ahli Pusat internet  Felda Jengka 23 sejak 9 Oktober 2016  dan mula mengikuti kelas latihan di pusat internet Felda Jengka 23 pada Oktober 2016. Merupakan salah seorang daripada pelajar mingguan tetap pusat internet Felda Jengka 23.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Masa cuti sabtu ahad banyak dihabiskan di rumah dan langsung tiada pendedehan dengan penggunaan komputer. Sebelum ini, saya juga merupakan murid yang selalu tercicir dalam pembelajaran di sekolah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli Pusat Internet Felda Jengka 23, melaluikelas latihan mingguan yang diadakan setiap minggu, kemahiran menggunakan komputer, internet dan aplikasi Microsoft office telah meningkat. Latihan yang dijalankan di pusat internet juga membantu meningkatkaan kemahiran pembelajaran kerana dapat mencari bahan pembelajaran tambahan di internet. Alhamdulilah keputusan peperiksaan saya juga semakin meningkat.

 

 

 

 

 

 

 

Usahawan Tanaman Fertigasi Gantung

 

Maklumat Usahawan

Nama: Mansor Mahmud

Bidang: Pertanian Fertigasi Timun Gantung

 


Latar belakang

 

Merupakan anak peneroka Felda Jengka 23 dan menetap di sini sejak kecil lagi. Setelah tamat sekolah pada tahun 2013, saya hanya duduk dirumah dan tidak bekerja kerana menjaga orang tua saya yang sakit. Kemudian pada tahun 2014 dan 2015, kedua orang tua saya telah meninggal dunia.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

 

Sebeum ini saya, hanya duduk di rumah dan tidak bekerja kerana menjaga orang tua saya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Pada tahun 2016, penglibatan pihak PiM dalam membantu dam membuka jalan kepada belia Felda Jengka 23 yang tidak bekerja untuk menjalankan perniagaan tanaman sayur-sayuran telah membuka mata saya untuk bersama- sama terlibat dalam perniagaan tersebut. Atas bantuan petugas PiM ( Norhasrulnaimie ) yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam teknik tanaman, penyediaan dokumentasi perniagaan juga pemasaran, saya telah memulakan tanaman fertigrasi lada dan timun di Felda Jengka 23. Daripada tidak memiliki sebarang pendapatn, kini saya mampu meraih sehingga RM3000 sebulan.

 

Apa yang dipelajari melalui PIM

  • Mempelajari cara menggunakan komputer
  • Mempelajari cara menggunakan Microsoft word dan excell
  • Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, whatsapp
  • Mempelajari cara membuat kertas kerja
  • Mempelajari teknik dn cara tanaman fertigrasi gantung yang dipelopori oleh petugas Pi ( Norhasrulnaimie ) di Feda Jengka 23

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PI membantu mempromosikan produk
  • Memberi kelas latihan
  • Pi mewujudkan group whatsapp usahawan komuniti tempatan untuk saling membantu mengembangkan dan mempromosi produk masing-masing.