PERUSAHAAN MAKANAN RINGAN REMPEYEK PUAN MAS POAH

Produk tempatan yang paling popular di Felda Jengka 23 ini adalah produk makanan tradisional iaitu perusahaan "rempeyek". Produk industri kecil dan sederhana (IKS) ini telah di usahakan oleh Puan Mas Poah binti Erham sejak tahun 7 tahun yang lepas. Beliau telah menghasilkan beberapa jenis rempeyek seperti rempeyek kacang dal, rempeyek kacang tanah, rempeyek ikan bilis dan bermacam jenis lagi.

Pasaran utama rempeyek beliau adalah di kedai-kedai runcit dan pasaraya sekitar Bandar Jengka, Temerloh, Jerantut dan Kuantan. Mengikut katanya lagi, selain dengan mempasarkan mengunakan kaedah begitu beliau juga telah memasarkan produk rempeyek itu secara dalam talian (online) dimana medium utamanya adalah Facebook.