PATIN TEMPOYAK VERSI ASLI TEMERLOH

 

 

Masakkan atau ikan patin amat sinonim dengan daerah Temerloh sehinggakan di gelar "Bandar Ikan Patin". Ini kerana keenakkan dan spesis patin yang terdapat di Sungai Pahang ini sangat berbeza di sungai-sungai yang terdapat di Malaysia.

Terdapat beberapa jenis patin yang sering menjadi santapan untuk dijadikan gulai tempoyak adalah Patin Muncung, Patin Buah, Patin Juara, Patin Emas dan patin yang dibela disangkar sepanjang Sungai Pahang.

Resepi

Bahan utama:

1 Ekor Ikan Patin

Bahan untuk di kisar:
10 Biji Cili Padi
1 Inci Kunyit Hidup
1Sudu Besar Tempoyak.
Lain-lain bahan:
Daun Kesum Secukupnya
2 Kuntum Bunga Kantan
Air
Garam Secukup Rasa
5 Biji Limau Nipis
2 Biji timun

Cara membuatnya:

Ikan patin yang siap di potong di basuh dan dibersihkan dengan limau nipis supaya hilang baunya. Isi air ke dalam periuk dan masukkan bahan yang dikisar, bunga kantan, daun kesum berserta dengan ikannya sekali. Apabila ikan hampir masak masukkan mentimun dan garam secukup rasa. Setelah masak bolehlah di hidangkan.