Pertanian Kepala Sawit

Secara umumnya, komuniti Felda Jengka 23 ini mata pencariannya adalah bergatung kepada bidang pertanian secara total iaitu dengan mengusahakan ladang kelapa sawit. Setiap peneroka yang menyertai Felda ini akan mengusahakan sebidang tanah angaaran seluas 10 hektar untuk diusahakan penanaman kelapa sawit.

Purata pendapatan komuniti Felda Jengka 23 adalah RM1500 keatas bergantung kepada harga pasaran sawit dunia. Selain daripada itu, terdapat juga komuniti ini menjalakan pertanian yang lain secara kecil - kecilan seperti penanaman cendawan, lada fetegrasi, sayur - sayuran dan lain -lain lagi.

 

Pihak Pusat Internet  Malaysia Felda jengka 23 telah menyediakan satu medium atau portal dimana kepada semua usahawan - usahawan yang telah berdaftar untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka ke dalam portal tersebut.

Portal yang dimaksudkan itu adalah DASHBOARD FELDA JENGKA 23 dan boleh di akses juga mengunakan adroid phone dan ios phone dengan muat turun (download) di playstore dan applestore.

Alamat web site : Dashboard Felda Jengka 23

Kesemua Usahawan yang berdaftar boleh masuk dan membuat pemasaran di ruangan MY SHOP dan kesemua usahawan yang telah berdaftar akan dimasukkan kedalam kumpulan whatsapp Pi1M Felda Jengka 23. Sila hubungi petugas PI1M 

 

 

Portal Myshop