Latar belakang

Merupakan murid sekolah rendah di SK Felda Jengka 23. Telah menjadi ahli Pusat internet  Felda Jengka 23 sejak 9 Oktober 2016  dan mula mengikuti kelas latihan di pusat internet Felda Jengka 23 pada Oktober 2016. Merupakan salah seorang daripada pelajar mingguan tetap pusat internet Felda Jengka 23.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Masa cuti sabtu ahad banyak dihabiskan di rumah dan langsung tiada pendedehan dengan penggunaan komputer. Sebelum ini, saya juga merupakan murid yang selalu tercicir dalam pembelajaran di sekolah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli Pusat Internet Felda Jengka 23, melaluikelas latihan mingguan yang diadakan setiap minggu, kemahiran menggunakan komputer, internet dan aplikasi Microsoft office telah meningkat. Latihan yang dijalankan di pusat internet juga membantu meningkatkaan kemahiran pembelajaran kerana dapat mencari bahan pembelajaran tambahan di internet. Alhamdulilah keputusan peperiksaan saya juga semakin meningkat.