Usahawan Tanaman Fertigasi Gantung

 

Maklumat Usahawan

Nama: Mansor Mahmud

Bidang: Pertanian Fertigasi Timun Gantung

 


Latar belakang

 

Merupakan anak peneroka Felda Jengka 23 dan menetap di sini sejak kecil lagi. Setelah tamat sekolah pada tahun 2013, saya hanya duduk dirumah dan tidak bekerja kerana menjaga orang tua saya yang sakit. Kemudian pada tahun 2014 dan 2015, kedua orang tua saya telah meninggal dunia.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

 

Sebeum ini saya, hanya duduk di rumah dan tidak bekerja kerana menjaga orang tua saya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Pada tahun 2016, penglibatan pihak PiM dalam membantu dam membuka jalan kepada belia Felda Jengka 23 yang tidak bekerja untuk menjalankan perniagaan tanaman sayur-sayuran telah membuka mata saya untuk bersama- sama terlibat dalam perniagaan tersebut. Atas bantuan petugas PiM ( Norhasrulnaimie ) yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam teknik tanaman, penyediaan dokumentasi perniagaan juga pemasaran, saya telah memulakan tanaman fertigrasi lada dan timun di Felda Jengka 23. Daripada tidak memiliki sebarang pendapatn, kini saya mampu meraih sehingga RM3000 sebulan.

 

Apa yang dipelajari melalui PIM

  • Mempelajari cara menggunakan komputer
  • Mempelajari cara menggunakan Microsoft word dan excell
  • Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, whatsapp
  • Mempelajari cara membuat kertas kerja
  • Mempelajari teknik dn cara tanaman fertigrasi gantung yang dipelopori oleh petugas Pi ( Norhasrulnaimie ) di Feda Jengka 23

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PI membantu mempromosikan produk
  • Memberi kelas latihan
  • Pi mewujudkan group whatsapp usahawan komuniti tempatan untuk saling membantu mengembangkan dan mempromosi produk masing-masing.