PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi)  FELDA JENGKA 23

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Malaysia Felda Jengka 23 telah bermula beroperasi pada tahun 2010 yang lalu yang diketegorikan dalam Fasa Felda. PEDi Felda Jengka 23 ini terletak kira-kira 35 kilometer dari bandar Temerloh dan 20 kilometer daripada bandar Jengka. PEDi yang berhampiran pula adalah PEDi Felda Jengka 22 yang jauhnya 8 kilometer sahaja. 

 

Pada Awal bulan Mac 2015 yang lalu PEDi telah menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan ICT yang lebih baik selaras dengan perkembangan pesat pekakasan ICT. Antara kemudahan dan kelengkapan yang ada ialah komputer destop sebanyak 20 buah, kerusi dan meja yang selesa 20 buah, astro, bilik latihan yang besar, pencetak, pengimbas, kiosk, smartboard, meja untuk penguna laptop, liminate, binding dan sebagainya.

 

Komuniti disini amat berasa bertuah kerana dikawasan mereka terdapat kemudahan ICT yang telah disediakan bagi memudahkan penduduk berinteraksi dan memenuhi keperluan ICT mereka berbanding dengan tempat atau kampung yang tiada kemudahan PEDi.